Monday, December 1, 2014

Almarhum Azid Idris dalam kenangan.






Musani Lipat Kajang dalam FB nya menulis “30-11-2014...Almarhum Azid bin Ideris kembali kerahmatullah..” .

Dan di sambong pula “Musani Lipat Kajang Meninggal jam tiga petang tadi di Taman Paya Taram...di rumah anakandanya...”

Dan saya memberi komen, “sorang lagi sahabat handal dan karib kembali menemui Allah SWT ..... sedeh rasa nya tidak terhingga. tapi redha lah je ......A--Faatihah ,,.... innalillah .”

Seorang sahabat lama, seorang saudara kaitan dengan almarhum, almarhum kakak, Hajar Idris, almarhum telah berkahwin dengan almarhum bapa saudara saya, almarhum Derus bin Md Akib. Dengan demikian kami telah lama mengenali satu sama lain, sekolah bersama, mandi bersama, panjat pokok jambu padang  bersama, panjat pokok langsat bersama, berenang bersama, menyetik burung bersama, memikat burung bersama, membedil cenderai bersama.  Malah seorang teman yang karib, yang selalu tidur bersama, ‘berador’ orang kampong saya kata.  Sampai ke tua pun kami maseh berhubung. Saya telah meninggalkan kampong untuk pergi belajar ke luar Temerloh dan keluar negeri tapi maseh berhubungan kami rapar. Tapi oleh kerana kesibukan masing masing, kami telah tidak bertemu sejak beberapa tahun.

Sebagai kenangan, dan untuk memudahkan menulis, saya perturunkan beberapa catitan blog saya tentang beliau.




woksyop beliau yang saya sangat ingat,

















 

 Akhir tahun 1952



Anak2 Kg Lipat Kajang yang ingin memberi maklumat yang lebih terperinci dan tepat sila buat komen.