Thursday, July 22, 2010

Tik …kawan ku …..dalam Kenangan (in memory of my friend Tik)


(Arwah) Tik. bukan nama sebenarnya, tapi kawan2 lama semua panggil arwah sebagai Tik. Di Sekolah Melayu Lipat Kajang pun (dulu dulu beliau mula mula bersekolah bersama kami pada masa sekolah itu mula di buka, sungguh pun arwah adalah pada masa itu lebih tua dari kami) kalau tanya (arwah) Tik semua kawan kawan tahu, malah mana mana kawan kawan lama yang maseh hidup mengenali (arwah) Tik. Entah macam mana, selepas itu arwah bersekolah di Sekolah Melayu Kerdau …. seingat saya Sekolah Melayu Lipat Kajang tidak ada Darjah 6. Maka berakhirlah sejarah (arwah) Tik di Sekolah Melayu Lipat Kajang, sungguh pun arwah di peranak kan dan di besar kan di Nuar, dalam Kampong Lipat Kajang, satu kampong kecil seberang Sungei Pahang dari (Balai Penghulu) Lipat Kajang.

Selepas itu masing masing membawa diri untuk mencari nafkah yang halal di dalam dunia yang fana ini, dan di dengari bahawa (arwah) Tik telah menjadi Office Boy di Pejabat Daerah Temerloh. Tidak pasti tentang maklumat itu. Masa berlalu, dan arwah menjadi Penolong Penghulu Kerdau dan telah berpindah, membuat rumah di Kuala Kerdau, di tepi tebing Sungei Pahang) dimana arwah memulakan famili nya. Banjir besar pada tahun 1970 menyebakkan arwah berpindah ke kampong penempatan semula mangsa banjir ke Kampong Desa Murni Kerdau, dan kerjaya arwah telah bermula cerah apabila arwah di lantik sebagai Penghulu Kampong Kerdau (setelah Penghulu Kampong Kerdau yang lama bersara) hingga lah arwah sendiri bersara (berpencen) tahun tahun kemudian nya.

Arwah telah meninggal dunia di rumah arwah di Kampong Desa Murni Kerdau pada malam 13 Julai 2010 dan di semadikan di Tanah Perkuburan Kuala Kerdau.

Seorang warga yang berasal dari Kampong Lipat Kajang, yang agak berjaya juga dalam hidup sungguh pun arwah tidak berpelajaran begitu tinggi.

(My late friend Tik, not his real name but that is the name that I would like to remember him by, and my school mate when we first started schooling at a rural Malay School in the village. His career was not glorious, but for a village boy he made good, by in the end being the Penghulu, Headman, of the next village, a bigger village than ours. A person whom I had the greatest of respect and who was always ‘my friend’) 




Anak2 Kg Lipat Kajang yang ingin memberi maklumat yang lebih terperinci dan tepat sila buat komen.