Saturday, August 30, 2014

Arwah CikGu Aziz Yamin dalam kenangan




CikGu Aziz dalam kenangan.

Tertera di muka FB pada 28 Ogos 2014.
Dari Musani Lipat Kajang,
Waris..kami
Aziz bin Mat Yamin meninggal dunia awal pagi tadi...
— with Fizz Debak.

Innalillah .. Al-Faatihah

Pergilah seorang sahabat saya dari Kampong Lipat Kajang buat selama lama nya.

Mungkin ini ada lah gambar terakhir arwah bersama kawan2 sekampong di kampong. Yang berbaju biru di tengah.



Arwah CikGu Aziz Yamin, nama itu memanag terpaku dalam fikiran saya, Seorang sahabat yang bersama sama di Sekolah Melayu Lipat Kajanag, kata orang puteh ‘pioneer’, murid yang pertama sekali masuk ke Sekolah Inggeris di Mentakab, Abu Bakar School. Selain dari pada masa itu Sdr Daud Ali.

Sungguh pun beliau seorang sahabat sekampong tetapi saya keluar kampong pergi ke sekolah lain setahun selepas itu, saya telah dihantar bersekolah di luar dari Negeri Pahang. Ini bermakna perhubungan kami hanya di masa kami bercuiti sekolah sahaja, di masa2 yang lain kami bersekolah di sekolah2 yang lain..

Beliau rasa nya seorang sahabat yang mula boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris di kampong, sungguh pun ada lagi beberapa orang dari kampong saya itu yang telah pun boleh bertutur dalam Bahasa Inggeri sebelum itu, tetapi mereka itu tidak sepelaris dengan saya, mereka lebih tua. Saya kagum dengan arwah Cikgu Aziz bertutur dalam Bahasa Inggeris itu.

Masa telah pun berlalu dan saya terus tinggal di luar kampong asal saya tu dan arwah CikGU Aziz pun juga dengan kerjaya nya. Apabila dah masing2 berumor (dan bersara) baru lah dapat berjumpa sekali segala di kampong dan banyak kali di pekan sari Temerloh di mana orang rumah beliau selalu je berniaga di Hari Ahad itu. Dapatlah kami berborak borak kadang kala.

Kenangan arwah CikGu Aziz di hati saya sungguh menebal. Maklum lah kami pada masa kecil adalah di dalam satu prjuangan. Juga arwah kekanda beliau Nipah (Hanifah) juga sebagai seorang kawan (sahabat) baik saya masa kami bersekolah di Sekolah Melayu Lipat Kajang.

Hanya tinggal kenangan.





Anak2 Kg Lipat Kajang yang ingin memberi maklumat yang lebih terperinci dan tepat sila buat komen.