CikGu Aziz dalam
kenangan.
Tertera di muka FB pada 28 Ogos 2014.
Dari Musani Lipat Kajang,
Innalillah .. Al-Faatihah
Pergilah seorang sahabat saya dari Kampong Lipat Kajang buat
selama lama nya.
Mungkin ini ada lah gambar terakhir arwah bersama kawan2
sekampong di kampong. Yang berbaju biru di tengah.
Arwah CikGu Aziz Yamin, nama itu memanag terpaku dalam
fikiran saya, Seorang sahabat yang bersama sama di Sekolah Melayu Lipat
Kajanag, kata orang puteh ‘pioneer’, murid yang pertama sekali masuk ke Sekolah
Inggeris di Mentakab, Abu Bakar School. Selain dari pada masa itu Sdr Daud Ali.
Sungguh pun beliau seorang sahabat sekampong tetapi saya
keluar kampong pergi ke sekolah lain setahun selepas itu, saya telah dihantar
bersekolah di luar dari Negeri Pahang. Ini bermakna perhubungan kami hanya di
masa kami bercuiti sekolah sahaja, di masa2 yang lain kami bersekolah di
sekolah2 yang lain..
Beliau rasa nya seorang sahabat yang mula boleh bertutur
dalam Bahasa Inggeris di kampong, sungguh pun ada lagi beberapa orang dari
kampong saya itu yang telah pun boleh bertutur dalam Bahasa Inggeri sebelum
itu, tetapi mereka itu tidak sepelaris dengan saya, mereka lebih tua. Saya
kagum dengan arwah Cikgu Aziz bertutur dalam Bahasa Inggeris itu.
Masa telah pun berlalu dan saya terus tinggal di luar kampong
asal saya tu dan arwah CikGU Aziz pun juga dengan kerjaya nya. Apabila dah
masing2 berumor (dan bersara) baru lah dapat berjumpa sekali segala di kampong
dan banyak kali di pekan sari Temerloh di mana orang rumah beliau selalu je berniaga
di Hari Ahad itu. Dapatlah kami berborak borak kadang kala.
Kenangan arwah CikGu Aziz di hati saya sungguh menebal. Maklum
lah kami pada masa kecil adalah di dalam satu prjuangan. Juga arwah kekanda
beliau Nipah (Hanifah) juga sebagai seorang kawan (sahabat) baik saya masa kami
bersekolah di Sekolah Melayu Lipat Kajang.
Hanya tinggal kenangan.
Anak2 Kg Lipat Kajang yang ingin memberi maklumat yang lebih terperinci dan tepat sila buat komen.
No comments:
Post a Comment