Wednesday, March 10, 2010

"Pok" tak tahu.....


Membetulkan rekod.

Saya ingin membetulkan rekod yang tidak resmi tentang tanah di mana Balai Penghulu Lipat Kajang sekarang di dirikan.

Tanah di Cerok Panjang itu asalnya di terokai oleh bapa saya arwah Yusof bin Mat Akib, ("Pok" saya) pada masa yang sama tanah di terokai oleh arwah Tok Penghulu Sidek dan arwah Pak Uda Man Tanjung pada jangkaan saya di akhir 1940an. Saya ingat lagi tentang arwah Datuk saya, Mat Akib bin Derahim menebang pokok ara yang begitu besar di tepi tanah yang berkenaan menggunakan beliung dan berdiri diatas pelantar yang di buat khas to atas akar pokok besar tersebut. Dan kemudian pokok yang ditebang dan mati itu di bakar hingga habis akar umbi nya. Pada masa yang sama arwah Tok Penghulu Sidek dan arwah Pak Uda Man Tanjung jugak menebang di dalam tanah yang di lot kan untuk mereka dan membakar semua pokok2 yang yang ditebang dan mati berkenaan.

Bapa saya dan ibu saya telah membuat rumah di tapak yang berkenaan, sebuah pondok kecil beratapkan daun cucur dan berlantaikan batang pinang yang di belah dan di raut dan berdindingkan kulit kayu. Rumah itu hampir tidak berubah sehingga matinya bapa saya pada tahun 1967. Ibu dan bapa saya telah berusaha menjaga tanak lot mereka itu dengan menanam ubi kayu dan keledek dan beberapa pokok buah buahan (yang saya ingat sekali adalah pokok kundang, langsat dan nangka) dan ibu saya juga menanam pokok bunga2 untuk mencantikan kawasan rumah.

Selepas bercerainya bapa saya dengan ibu saya dalam tahun kira2 akhir 1940an bapa saya telah berkahwin lain setelah membujang untuk beberapa tahun, dalam lengkongan tahun awal 1950an rasanya, dan beliau dan isteri telah menetap dirumah yang sama tersebut. Di rumah itu lah saya berkunjung semasa saya bercuti dari MCKK. Dan di rumah itu lah hidupnya adek2 saya Bahadar pada masa kecilnya dan Samsuddin (dan Din bersekolah di Sekolah Melayu Lipat Kajang) sehingg matinya bapa saya itu. Dan Saad, kerana beliau selallu aja mengikut "Pok" saya.

Malang nya bapa saya tidak berapa sihat dan telah terpaksa berkunjung ke rumah ibu nya di ‘baruh’ dan kadang kala terpaksa tidur di ‘baruh’. Rumah di Cerok Panjang tu maseh tidak di tinggalka nya.

Walau bagaimana pun pada tahun 1967/68 bapa saya telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada hari yang sama bapa saya meninggal dunia seorang sepupunya nya (seorang Tok Emapt ?) , saya di beri tahu, telah membuat laporan di pejabat tanah Temerloh (?) dan telah berusaha mengambil balek tanah itu untuk kegunaan kampong. Beliau telah tidak pernah berunding dengan saya atau pun bapa2 saudara saya yang lain yang pada masa itu maseh hidup. Tidak dapat kami berbuat apa2 kerana pada masa itu tanah yang berkenaan belum ada geran tanah di atas nama bapa saya atau sesiapa saudara mara bapa saya. Hilang lah harta kami angkara tindakan saudara sepupu bapa saya itu, arwah Pak Ngah Mat Saman.

Saya menulis cerita ini untuk membetulkan rekod. Bapa saya tidak pernah dengan cara ikhlas atau sendiri melepaskan tanah itu. Tanah itu di paksa dari tangan bapa saya (pada hari bapa saya meninggal dunia)  dan / atau saya adek beradek atau waris yang lain oleh arwah Pak Ngah Mat Saman.

Hanya untuk rekod sahaja.

2 comments:

  1. arwah ayah saya (man sabai) pernah menceritakan tentang bagaimana ayahteh choh (yusof bin mat akib) meneroka sekeping tanah di cerok panjang tu, bersebelahan lot tanah Sek Keb LK, dan ayahda husin (husin bin mat akib) pula meneroka diseberang sana paya,
    tapi apa berlaku selepas meninggalnya ayahteh choh saya tak dapat ceritanya, dan saya pun hairan bila melihat.....eh kenapa pula ada balai tok penghulu LK di tapak tanah ayahteh choh? tapi saya tak pernah bertanya...

    banyak perkara pelik2 pernah berlaku di Kg LK tu, hingga ke saat ini pun, yang kita tertanya2 tapi tak mendpt jawapan yang sahih...
    semoga roh semua arwah bapa-bapa kita sentiasa dalam kerahmatan Allah swt - termasuk arwah pakngah mat saman

    ReplyDelete
  2. memang benar apa yg dinyatakan itu spt mana diceritakan oleh arway ayah saya (man sabai) kpd saya

    ReplyDelete