Friday, February 12, 2010

Bilal Yassin



Nama Bilal Yassin tidak asing lagi di Kampong Lipat Kajang pada masa dulu. Bilal di Mesjid Lipat Kajang, suara nya nyaring dan boleh kedengaran di baruh dan di darat, di hulu dan di hilir, pada masa itu tidak ada loudspeaker pun lagi. Pada Hari Jumaat biasa nya beliau tergesa gesa ke Mesjid, untuk menolong Siak dan untuk bersedia kan Mesjid bagi penduduk2 Kampong Lipat Kajang bersolat Jumaat. Tepat pada waktunya beliau akan membunyi kan 'keketak' Mesjid dan beberapa minit selepas itu akan azan.

Pada kaum tua di Kampong Lipat Kajang, nama (Almarhum) Bilal Yassin akan sentiasa di kenang.

(Saya meminta maaf kerana gambar Almarhum di sini adalah tidak begitu baik, gambar ini di ambil dengan camera dari gambar dalam 'frame' yang di simpan di rumah anak Almarhum)

No comments:

Post a Comment