Friday, February 12, 2010

Gebana



Alat 'gebana' yang di tunjuk kan dalam gambar ini adalah alat 'gebana' asli kampong Lipat Kajang, tersimpan di rumah anak Almarhum Bilal Yassin di Cerok Rotan Sega. Alat ini telah di buat sendiri oleh Almarhum Bilal Yassin dari kulit kambing dan badan nya dari kayu yang khas untuk mendapatkan bunyi yang merdu bagi kegunaan 'berdikir' di Kampong Lipat Kajang, pada masa2 kenduri kahwin atau pun pada masa2 rehat bagi yang boleh 'berdikir'.

Perkataan 'gebana' dan 'berdikr' itu ada lah unik untuk Kampong Lipat Kajang sahaja, kerana di tempat2 lain mungkin di panggil 'renbana' dan 'berzikr'. Itu agak2 saya sahaja, dan saya tidak ada bukti2 yang terang didalam hal ini, saya bukan ahli bahasa.

Di masa2 kenduri2 kahwin pada masa2 dulu di Kampong Lipat Kajang, ahli 'dikir' akan 'berdikir' sepanjang malam, hingga serak suara, tanpa tidur, dan memalu gebana2 saperti ini dengan tangan mereka, di dalam rentak yang hanya mereka sendiri faham dan boleh merentakkan nya. Pada masa sekarang mungkin tidak ada lagi sesiapa di Kampong Lipat Kajang yang boleh 'berdikir' (itu anggapan saya sahaja tapi sekiranya ada saya meminta maaf) dan mungkin juga alat 'gebana' saperti ini tidak di gunakan lagi.

Saya maseh teringat bahawa arwah bapak saudara saya, Ayah Hussein, yang berjiran dengan sepupu beliau, arwah Pak Uda Osman, di Cerok Panjang, rumah mereka pada masa itu kira2 500 meter jauh nya, setelah mata hari munurun, sebelah petang selepas asar, akan berbalas balas 'dikir', mereka ahli 'dikir' dan mereka faham perkataan2 (dan lirik) didalam 'dikir' itu. Perkataan2 nya saya tidak megetahui, adakan didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Arab. Rentak suara berlagu tetapi mereka tidak mengunakan 'gebana' sungguh pun di perhatikan tangan arwah Ayah Hussein saya itu sebagai meneput/memalu sesuatu yang 'imaginery'. Mereka berbalas2 'dikir' itu kadang kala hingga senja menyinseng.

1 comment:

  1. ayah saya, cikgu Din masih boleh berdikir tapi disebabkan kekurangan ahli berdikir, hasil seni ini seakan2 berkubur begitu saja.

    ReplyDelete