Friday, February 12, 2010

Perahu



Pernah kah kita sebagai anak Lipat Kajang (kepada anak2 Lipat Kajang, tapi kepada pembaca yang lain mungkin tidak terkena) ketahui macam mana kah nenek moyang kita membuat perahu dari sebatang kayu balak? Pada masa dulu, perahu di buat dari sebatang balak kerana balak boleh di perolehi dengan mudah, dan pada masa itu juga tidak ada kawalan yang ketat bagi menebang balak. Kepada sesiapa yang ingat, perahu2 yang di gunakan di Sungei Pahang di Lipat Kajang mempunyai beberapa saiz, ada yang muat untuk seorang saja dan ada yang muat hingga ke 4 atau 5 orang. Semua perahu2 ini di buat oleh orang2 Lipat Kajang sendiri. Saya maseh ingat lagi arwah Tok Saudara saya, Aki Anjang Din, biasa membuat perahu dengan bentuk dan cara beliau sendiri, dalam satu proses yang sungguh menakjubkan. Saya sendiri tidak dapat memberi 'description' tentang proses macam mana perahu di buat, sungguh pun sekali sekala saya melawat tempat Aki Anjang Din membuat perahu2 itu, saya maseh tersangat kecil pada masa itu untuk mengingati cara2 dan proses.

Saya di beri tahu, Almarhum Bilal Yassin juga seorang tukang perahu. Di atas di tunjuk kan gambar satu daripada alat (tool) bagi membuat dan pebentukkan sesebuah perahu. Kerjanya keras dan jika tidak ada kepandaian dan 'skill' dan jika tidak mempunyai kesabaran yang besar mungkin sesebuah perahu tidak dapat di siapkan.

No comments:

Post a Comment