Friday, February 12, 2010

Rusa


Baru saya tahu dari seorang sahabat di Kampong Lipat Kajang yang orang2 Lipat Kajang memang suka berburu rusa. Arwah Tok Aki saya ada jerat dan jerut di atas para, di beri tahu pada masa muda nya beliau selalu pergi ke hutan di Darat Sir dan di Kampong Perak, seberang Sungei Pahang, untuk berburu rusa dan kijang. Agaknya beliau to ajar oleh Tok Yang saya, arwah Yang Derahim. Pada masa saya kecil2 lagi saya teringat ada beberapa kepada dan tanduk rusa di rumah Tok Aki saya itu.

Tidak hairanlah bahawa orang2 Lipat Kajang memang mashur dengan berburu rusa. Pakarnya pun ada di Lipat Kajang. Saya mendengar cerita tentang Tok Mutim, yang pada mudanya selalau menhilang diri di dalam hutan Darat Lipat Kajang berbulan bulan lama nya. Tok Mutim ni ada lah pakar berburu rusa. Cerita nya pada satu hari Sultan Pahang yang pada masa itu ada sebuah istana di Tebing Tinggi (?) (dekat Jerantut) telah tidak puas hati dengan pakar berburu rusa beliau, tidak banyak rusa yang dapat di tangkap. Sultan mendengar ada nya pakar berburu rusa dari Lipat Kajang. Tok Mutim di titakhkan muntuk mengadap.

Di istana, Sultan berkehendakkan Tok Mutim berburu rusa untuk Sultan. Tok Mutim dengan rendah diri bersetuju, dengan syarat urusan berburu itu di atas cara2 Tok Mutim. Sultan berkenan, cerita nya. Dua tiga hari kemudain Tk Mutim ke hutan mencari denai. Tapi hanya denai dan tapak rusa yang telah pun berumput tinggi di jumpai. Tok Mutim pulang ke rumah dan dengan anjing2 buruan dan 2 orang penolong belaiu telah sekali lagi pergi untuk berburu bagi Sultan. Tidak berapa jauh dari denai dan tapak lama itu, tapak baru di jumpai dan setelah mengikut tapak baru nitu, rusa pun di jumpai dan diperolehi oleh Tok Mutim untuk Sultan.

Tidak berapa lama selepas itu Tok Mutim pulang ke Lipat Kajang, dan telah membuka tanah kubur baru to Tanjong Nyior, bagi mengganti kan tapak kubur lama dekan ‘empang simen’. Cerita nya Tok Mutim lah orang yang pertama sekali di semadikan di Tanjung Nyior, tapi kubur beliau tidak siapa yang tahu sekarang.

Kebolehan Tok Mutim untuk berburu rusa telah di warisi oleh Pak Hitam Mat Latiff (tak tahu pulak persuadara beliau dengan Tok Mutim) dan kemudian kepada Abang Akir yang sekarang duduk di Rancangan Felda di Jengka. Kalau ingin berburu, sila hubungi Abang Akir ….. mudah mudahan.


No comments:

Post a Comment