Saturday, February 13, 2010

Daging kerbau.

Di Kampong Lipat Kajang ‘gulai kerbau’ telah di minati oleh penduduk2 kampong sejak turun temurun. Sehingga hanya beberapa tahun ini, apabila di sebut ‘gulai’ di Kampong Lipat Kajang ia mesti bermakna kerbau (atau ayam atau itek), tapi tidak termasuk lembu atau sapi. Dan setakat beberapa tahun ini Kampong Lipat Kajang hanya ada kerbau berkeliaran di padang dan bukan lembu (jantan dan betina). Sejak dulu lagi orang2 Kampong Lipat Kajang masyhur dengan kerbau mereka, orang dari luar datang ke Kampong Lipat Kajang hanya untuk membeli kerbau, dan orang Kampong Lipat Kajang berniaga kerbau sejauh Kelang di Selangor.

Kalau di Kampong Lipat Kajang, sebut sahaja daging, ia mesti bermakna daging kerbau. Di masa kenduri kendara mereka menyembelih kerbau sebagai syarat perayaan kenduri itu, satu ekor atau dua ekor dan kadang kala hingga tiga atau empat ekor. Dan untuk aqiqah dan korban pun mereka menggunakan kerbau.

Tapi sejak beberapa tahun ini, banyak penduduk Kampong Lipat Kajang yang memelihara lembu, sungguh pun kerbau maseh menjadi minat utama untuk di sembeleh.

Daging kerbau lebih sedap dari daging lembu (ini pendapat peribadi), dan orang yang kurang atau tidak biasa memakan daging kerbau akan merasa tidak ada beza nya dengan daging2 lain. Tapi ada jugak apabila di beri tahu bahawa daging yang di jamu itu adalah daging kerbau, yang tidak biasa akan merasa meloya. Seorang kawan anak saya dari Kuala Lumpur apabila memakan gulai daging kerbau yang pada mulai nya tidak tahu dan apabila di beri tahu ia berasa ‘hendak muntah’. Kata nya “Tak kan daging kerbau boleh di makan, kulit kerbau macam kulit gajah”.

No comments:

Post a Comment