Saturday, February 13, 2010

Cenderai




Masa saya budak2, kami (saya dan kawan2 sekampong di Kampong Lipat Kajang) di kampong sangat suka mengutip buah cenderai yang masak, yang gugur ke bawah pokok cenderai. Biasa nya pokok cenderai yang besar sahaja yang ada buah masak nya gugur ke bawah. Warna buah cenderai masak itu hitam, besar nya saperti biji ‘green peas’, bulat bentuk nya dan rasa nya manis. Itu lah kerja kami kadang2 seharian.

Pada masa itu Tok Aki saya memelihara biri2 dan ada kalanya biri2 itu datang makan ke bawah pokok cenderai di darat rumah kami di Durian Sangka. Yang kami tidak tahu ialah biri2 itu berak di bawah pokok cenderai itu, dan tahi biri2 itu hitam bulat dan sesaiz dengan buah cenderai masak. Kami hanya sedar bila memakan buah ‘cenderai’ yang pahit. Tetapi pengelaman itu tidak memberhentikan kami mencari buah cenderai masak, tapi kali ini kami pun berjaga jaga.

Gambar di atas menunjukkan setangkai buah cenderai muda.

1 comment:

  1. noob i want to do Geografi projek a u post what a shit pokok cenderai i hope u can correct ur blog pls...

    ReplyDelete